Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 21 Pencen hilang upaya 17. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan, sebagai tambahan kepada pembayaran yang dibuat di bawah seksyen 9 atau 24, di mana berkenaan, pencen hilang upaya di bawah peraturan-peraturan itu jika seseorang pegawai, lain daripada seorang pegawai kontrak, adalah dikehendaki bersara akibat dari— (a) menanggung bencana semasa melaksanakan dan berbangkit daripada melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan oleh kemalangan dalam perjalanan; atau (b) mendapat penyakit yang kerana jenis tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah. (2) Bagi maksud subseksyen (1), bencana atau penyakit ertinya bencana atau penyakit yang bukan disebabkan oleh, yang tidak menjadi semakin teruk oleh kerana atau yang tidak berpunca dari kecuaian atau salah lakunya. Pencen tanggungan 18. Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan, sebagai tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada orang tanggungan seseorang pegawai suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu jika— (a) pegawai itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 17; dan (b) kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu. Pencen, dsb., tidak boleh diserah hak 19. Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini tidak boleh diserah hak atau dipindah milik, atau ditahan, diasingkan atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan kecuali bagi maksud— (a) menjelaskan hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy