Akta 227 - Akta Pencen 1980

20 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 telah terhenti di bawah seksyen 21, maka subseksyen (1) hendaklah terpakai dan bagi maksud ini pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai telah menerima pencen itu. Terhentinya pencen terbitan 16. Pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah terhenti jika penerimanya— (a) ( Dipotong oleh Akta A1171 ) ; (b) seorang anak, lain daripada anak yang cacat otak atau hilang upaya jasmani dan secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri atau seorang anak yang disebut dalam perenggan (c) , apabila berkahwin atau apabila mencapai umur dua puluh satu tahun, mengikut mana yang lebih dahulu; atau (c) seorang anak yang sedang mendapat pendidikan di suatu institusi pelajaran tinggi tetapi tidak melebihi pelajaran yang menuju ke arah ijazah pertama, apabila tamat atau berhenti mendapat didikan itu atau apabila berkahwin, mengikut mana yang lebih dahulu. Terhentinya pencen bagi anak yang telah mencapai umur lapan belas tahun disifatkan sah 16 A . (1) Walau apa pun peruntukan seksyen 16, jika sebelum penyiaran Akta ini apa-apa bayaran mengenai pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepada seorang anak telah terhenti setelah anak itu mencapai umur lapan belas tahun, penghentian itu dan apa-apa pembahagian pencen terbitan atau faedah lain kepada mana-mana orang tanggungan lain berikutan dari penghentian itu hendaklah disifatkan telah dilakukan dengan sempurna dan sahnya. (2) Jika subseksyen (1) adalah terpakai, tetapi anak itu layak di bawah Akta ini dibayar pencen terbitan atau faedah lain, anak itu hendaklah, tertakluk kepada seksyen 16, dibayar bahagian pencen terbitan atau faedah lain yang kena dibayar kepadanya mulai dari tersiarnya Akta ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy