Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 19 kurang daripada satu per lima daripada gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau hanya ganjaran terbitan sahaja. (2) ( Dipotong oleh Akta A1343 ) . Pencen terbitan jika seseorang pegawai mati selepas bersara 15. (1) Tertakluk kepada seksyen 16— (a) ( Dipotong oleh Akta A1343 ) . (b) jika seseorang pegawai berpencen mati dalam atau selepas tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya dari perkhidmatan awam, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan yang sama banyaknya dengan amaun pencen yang dibayar kepadanya: Dengan syarat bahawa apa-apa pemberian pencen terbitan selepas tamatnya tempoh dua puluh tahun dari tarikh persaraannya hendaklah dibuat hanya jika penerimanya— (i) berkenaan dengan seseorang balu atau duda, telah berkahwin dengan pegawai yang mati itu semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (ii) berkenaan dengan seseorang anak atau anak tiri tanggungan, adalah seorang anak atau anak tiri tanggungan hasil perkahwinan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; (iii) berkenaan dengan seseorang anak angkat, adalah seorang anak yang diangkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan; atau (iv) berkenaan dengan seseorang anak tak sah taraf, adalah seorang anak yang dikandungkan semasa pegawai itu masih dalam perkhidmatan. (2) Jika seseorang pegawai mati selepas persaraannya tetapi sepanjang tempoh persaraan sebelum kematiannya pencennya telah tidak diberi atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy