Akta 227 - Akta Pencen 1980

18 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia telah dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan selama tempoh berterusan tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam atau sehingga dia berumur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut mana yang terdahulu. (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (2) dan (3), jika perkhidmatan pegawai itu ditamatkan oleh pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa ke dalam mana dia dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan atas sebab pengurangan pekerja atau sakit, atau jika kontrak tidak diperbaharui berkenaan dengan pelantikannya dalam pertubuhan antarabangsa itu, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain. Sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan 12 B . Pertubuhan ke dalam mana seseorang pegawai berpencen dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan di bawah subseksyen 12 A (2) hendaklah membuat sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Disatukan pada kadar tujuh belas setengah peratus dari gaji bulanan pegawai tersebut bagi setiap pegawai berpencen semasa dia tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru. Persaraan demi kepentingan awam 13. Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya patut, memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah perenggan 10(5) (d) atau (f) , tetapi amaunnya tidak lebih daripada amaun yang pegawai itu sepatutnya layak mendapat jika sekiranya pencen, ganjaran atau faedah lainnya itu dihitung berdasarkan lama yang sebenar perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira. Pencen atau ganjaran terbitan jika seseorang pegawai mati dalam perkhidmatan 14. (1) Tertakluk kepada seksyen 16, jika seseorang pegawai berpencen mati dalam perkhidmatan, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy