Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 17 berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan, walau bagaimanapun cara ianya ditubuhkan dan sama ada atau tidak Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya, sama ada secara langsung atau sebaliknya, atau dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa yang mana Kerajaan menjadi anggota, dia boleh disifatkan telah bersara daripada perkhidmatan awam pada tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam dan pegawai tersebut, jika sekiranya dia mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, bagi maksud seksyen 14, disifatkan telah mati dalam perkhidmatan jika pada masa kematiannya dia berada dalam perkhidmatan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya atau pertubuhan antarabangsa tersebut, atau, jika ketika itu dia tidak berada dalam perkhidmatan tersebut, dia telah berada dalam perkhidmatan tersebut untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam. (2) Jika seseorang pegawai berpencen yang berumur kurang daripada empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau kurang daripada lima puluh tahun bagi pegawai lelaki dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur enam puluh tahun jika dia telah berkhidmat dalam pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya untuk suatu tempoh berterusan yang tidak kurang dari lima tahun dari tarikh dia meninggalkan perkhidmatan awam, dan dalam hal sedemikian, apa-apa tempoh perkhidmatan sedemikian dengan pertubuhan itu atau mana-mana subsidiarinya di bawah terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru boleh dimasuk kira bagi maksud memberi pencen, ganjaran atau faedah lain itu kepada pegawai itu. (2 A ) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘enam puluh’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’ atau ‘lima puluh enam’ atau ‘lima puluh lapan’, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Bagi seseorang pegawai berpencen yang subseksyen (2) tidak terpakai baginya, dia boleh diberikan pencen, ganjaran atau faedah lain apabila mencapai umur empat puluh lima tahun bagi pegawai perempuan atau lima puluh tahun bagi pegawai lelaki, jika dia telah berkhidmat dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy