Akta 227 - Akta Pencen 1980
Pencen 15 sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun. (9) Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dibatalkan. Persaraan dengan kehendak Kerajaan 11. Walau apa pun seksyen 10 dan 12, dengan persetujuan pegawai itu— (a) Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki seseorang pegawai persekutuan supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (i) atas alasan kepentingan negara; atau (ii) demi kepentingan perkhidmatan awam; dan (b) Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki seseorang pegawai Negeri supaya bersara pada mana-mana peringkat umur— (i) dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, atas alasan kepentingan negara; atau (ii) demi kepentingan perkhidmatan awam. Persaraan pilihan 12. (1) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai selain pegawai negeri, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh, atas permohonan pegawai itu, memberi persetujuan tentang persaraan seseorang pegawai apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun. (2) Jika seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur— (a) empat puluh lima tahun bagi— (i) seseorang pegawai perempuan;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy