Akta 227 - Akta Pencen 1980

14 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 (d) atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu telah ditamatkan demi kepentingan awam; (e) atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pegawai itu telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau (f) atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam— (i) membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau (ii) membekalkan apa-apa dokumen, yang adalah palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu: Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada Yang di-Pertuan Agong atau pihak berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan. (6) Perenggan (5) (f) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini. (7) Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012. (8) Umur persaraan paksa enam puluh tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy