Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 13 (2) Jika seseorang pegawai mencapai umur persaraan paksa lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melaimpaui mana-mana umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan. (3) Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen (2) itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh lima, lima puluh enam, lima puluh lapan atau enam puluh tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan umur ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikira sebagai perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. (4) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi— (a) Setiausaha kepada Dewan Rakyat atau Setiausaha kepada Dewan Negara; dan (b) pegawai yang telah bersara selepas mula berkuat kuasanya Akta ini tetapi sebelum ia disiarkan. (c) ( Dipotong oleh Akta A1124 ) . (5) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada perkhidmatan awam— (a) jika Ketua Pengarah atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal; (b) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan; (c) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy