Akta 227 - Akta Pencen 1980

12 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 Sabah 1963 [ Ord. 3 tahun 1963 ] atau Ordinan Pencen Sarawak [ Bab. 89 ] sebelum dari 1 Julai 1978, mengikut mana-mana yang berkenaan; (b) seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 12 A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau (c) seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [ Akta 239 ] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam. Pemberian pencen, dsb. 9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila— (a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau (b) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau (c) bersara di bawah seksyen 11. (d) ( Dipotong oleh Akta A625 ) . (2) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen jika persaraan itu adalah di bawah seksyen 12 A . Persaraan paksa 10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), seseorang pegawai hendaklah bersara dari perkhidmatan awam apabila dia mencapai umur enam puluh tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy