Akta 227 - Akta Pencen 1980

Pencen 11 (6 A ) Walau apa pun subseksyen (3), seseorang pegawai yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam jawatannya sebelum tarikh itu hendaklah diberikan opsyen untuk memilih pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah Akta ini. (6 B ) Opsyen yang dibuat di bawah subseksyen (6 A ) menjadi muktamad pada 1 Februari 2009 dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi pegawai itu mulai tarikh itu. (6 C ) Jika seseorang pegawai telah memilih pencen, ganjaran atau faedah lain menurut subseksyen (6 A ) dan mati sebelum opsyen itu menjadi muktamad menurut subseksyen (6 B ), pegawai itu disifatkan menjadi pegawai berpencen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai baginya mulai tarikh kematiannya. (7) Dalam seksyen ini “Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja” merujuk kepada suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [ Akta 452 ], termasuklah sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu. Pemberian taraf berpencen 7. Seseorang pegawai tetap boleh diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen jika dia telah— (a) disahkan dalam jawatannya yang sekarang; dan (b) genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. Pegawai disifatkan menjadi pegawai berpencen 8. Tanpa menyentuh seksyen 7, pegawai yang berikut hendaklah disifatkan menjadi pegawai berpencen: (a) seseorang pegawai yang telah dimasukkan atau layak untuk dimasukkan dalam perjawatan berpencen di bawah Ordinan Pencen 1951 [ Ord. 1 tahun 1951 ] sebelum dari 1 Julai 1977, Ordinan Pencen

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy