Akta 227 - Akta Pencen 1980

10 Undang-Undang Malaysia A KTA 227 Pelaksanaan opsyen 6 A . (1) Seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini hendaklah, sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (2) Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. (3) Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pegawai di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada masa dia disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad. (4) Apabila seseorang pegawai memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, peruntukan Akta ini, kecuali seksyen ini, tidak terpakai bagi pegawai sedemikian. (5) Seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hendaklah bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai umur enam puluh tahun. (5 A ) Subseksyen (5) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Januari 2012 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun. (5 B ) Umur persaraan paksa bagi seseorang pegawai yang tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun yang disebut dalam subseksyen (5 A ) hendaklah kekal sama ada lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun sebagaimana umur yang telah dipilihnya sebelum 1 Januari 2012. (5 C ) Opsyen bagi umur persaraan paksa enam puluh tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai bagi maksud subseksyen (5) dan (5 A ) tidak boleh dibatalkan. (6) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki seseorang pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja supaya bersara daripada perkhidmatan awam dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam perenggan 10(5) (a), (b), (c), (d), (e) dan (f) atau seksyen 11.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy