1 MANUAL PENGGUNA - FUNGSI CARIAN MyPPSM Manual ini disediakan sebagai panduan kepada pengguna portal MyPPSM. A. FUNGSI CARIAN 1. Sebelum membuat carian, pengguna perlu mengenal pasti kata kunci (keywords) yang sesuai. Sebagai contoh, pengguna ingin mencari maklumat berkaitan peraturan ‘kemudahan cuti bersalin’. 2. Terdapat 2 platform carian iaitu melalui laman utama portal MyPPSM dan Flipbook Pekeliling Induk seperti berikut: (i) Carian di laman utama portal MyPPSM Bagi carian di laman utama portal MyPPSM, pengguna perlu menaip kata kunci di kotak carian yang terdapat di penjuru kanan atas portal. Bagi contoh carian ‘kemudahan cuti bersalin’, keputusan carian akan muncul dalam bentuk paparan pop-up senarai hasil carian seperti di bawah. Pengguna boleh memilih keputusan carian mengikut kesesuaian maklumat yang diperlukan.
2 (ii) Carian di flipbook Pekeliling Induk. Bagi carian di flipbook, pengguna perlu merujuk kepada senarai Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia terlebih dahulu seperti paparan di bawah. Secara umumnya semua peraturan dikelompokkan mengikut 6 kluster yang dikenali dengan singkatan UP, SP, SM, SR, PO dan PP. Oleh kerana pekeliling atau peraturan yang hendak dicari adalah berkaitan dengan kemudahan cuti bersalin, maka pengguna perlu klik kepada senarai Pekeliling Induk yang relevan. Di dalam contoh ini, pengguna perlu klik Pekeliling Induk SR.5: Kemudahan Cuti, di bawah kluster Saraan (SR).
3 Setelah itu, pengguna akan dibawa ke paparan seperti di bawah yang merupakan muka hadapan Pekeliling Induk Kemudahan Cuti. Kemudian pengguna perlu klik simbol kanta yang terletak di penjuru kanan atas laman web seperti di bawah.
4 Apabila ruangan carian dipaparkan, pengguna perlu menaip kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan seperti contoh di bawah. Senarai keputusan carian akan dipaparkan di sebelah kanan Pekeliling Induk. Kemudian pengguna boleh memilih keputusan carian mengikut kesesuaian maklumat yang diperlukan.
5 B. FUNGSI THUMBNAILS Thumbnails adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna meneroka kandungan dokumen. Setelah pengguna klik di ikon thumbnails, paparan thumbnails akan keluar di penjuru kiri yang memaparkan halaman yang terkandung di dalam Pekeliling Induk tersebut. Pengguna boleh memilih halaman kandungan yang ingin dilayari.
6 C. FUNGSI NOTES Notes berfungsi sebagai satu kemudahan untuk pengguna membuat catatan nota. Setelah pengguna klik di ikon Notes, paparan berikut akan muncul di penjuru kiri. Apabila pengguna klik di Add Note, paparan seperti di bawah akan muncul di dokumen yang telah dipilih untuk dijadikan nota panduan.
7 Senarai nota yang telah dibuat dapat dirujuk kembali dengan mudah di paparan sebelah kiri dengan klik di ikon Notes. D. FUNGSI SHARE Dokumen MyPPSM ini juga boleh dikongsi melalui fungsi Share. Apabila pengguna klik pada ikon Share, paparan seperti di bawah akan muncul dan paparan QR Code akan muncul untuk diimbas dan menyalin pautan dokumen tersebut. Dokumen tersebut juga boleh dikongsi melalui aplikasi Facebook, Twitter, Linkedln dan e-mail.
8 E. FUNGSI PRINT MyPPSM juga menyediakan fungsi Print bagi memudahkan pengguna mencetak dokumen. Setelah pengguna klik di ikon Print, paparan seperti di bawah akan muncul dan pengguna boleh memilih untuk mencetak Current Left Page, Current Right Page atau Custom Range.
9 Untuk print helaian muka surat ceraian yang dikehendaki sahaja, pengguna boleh klik ikon print dan pilih mukasurat custom range kemudian pilih save as pdf dan kemudian cetak dokumen yang telah di“save”. F. FUNGSI DOWNLOAD Fungsi Download adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna memuat turun dokumen yang diperlukan dan disimpan sebagai panduan kendiri. Hasil muat turun ini adalah dalam bentuk Portable Document Format (PDF). Untuk save helaian muka surat ceraian yang dikehendaki sahaja, pengguna boleh klik ikon print dan pilih mukasurat custom range kemudian pilih save as pdf.
10 Apabila pengguna klik di ikon Download, pengguna boleh memilih untuk muat turun Full Publication, Current Left Page dan Current Right Page.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy