97 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 4.13 Sandaran Maklumat (Information Backup) Objektif Memastikan salinan sandaran maklumat, perisian dan sistem diselenggara serta diuji secara berkala. Pengurusan Sandaran Tanggungjawab Melaksanakan proses sandaran dan pemulihan maklumat di Pusat Data JPA, Pusat Pemulihan Bencana atau lokasi yang dibenarkan serta perlu memastikan perkara berikut dipatuhi: a) memastikan prosedur sandaran dan pemulihan direkodkan dengan lengkap; b) memastikan keperluan keselamatan maklumat bagi proses sandaran dan pemulihan dipenuhi ke atas sistem kritikal JPA yang telah dikenal pasti; c) memastikan salinan sandaran disimpan di lokasi dan jarak yang selamat untuk mengelakkan sebarang kerosakan akibat bencana di Pusat Data JPA; d) memastikan perlindungan yang sesuai diberikan ke atas maklumat sandaran selari dengan Pusat Data JPA; e) menguji sistem sandaran dan pemulihan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan; f) menetapkan tempoh simpanan maklumat sandaran yang disimpan dan maklumat tersebut perlu dihapus setelah melepasi tempoh yang ditetapkan; g) menyediakan prosedur pengurusan sandaran dan pemulihan; h) membuat aktiviti klon ke atas semua maklumat dan sistem perisian mengikut keperluan atau apabila berlaku perubahan versi; dan i) menyimpan salinan sandaran sekurang-kurangnya di dalam dua (2) media storan yang berasingan. ICTSO Pentadbir ICT JPA Pentadbir Sistem Aplikasi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy