51 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 d) memproses dan menyimpan maklumat rahsia rasmi JPA yang diluluskan sahaja; e) memberikan khidmat sokongan sekiranya berlaku insiden keselamatan maklumat; f) memastikan keperluan keselamatan maklumat dipenuhi sekiranya perkhidmatan pengkomputeran awan dilaksanakan oleh Pihak Luaran; g) membantu JPA mengumpul bukti digital sekiranya diperlukan oleh undang-undang; h) menyediakan khidmat sokongan yang bersesuaian sekiranya perkhidmatan awan tidak disambung guna; i) menyediakan sandaran ke atas maklumat dan tetapan konfigurasi perkhidmatan awan; dan j) menyediakan dan mengembalikan maklumat seperti fail konfigurasi, kod sumber dan maklumat JPA sekiranya perkhidmatan pengkomputeran awan ditamatkan. 1.23.3 Pengurusan Perubahan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Tanggungjawab Pengurusan perubahan perlu dilaksanakan berdasarkan perkara berikut: a) pertukaran infrastruktur yang mengubah perkhidmatan yang ditawarkan dalam pengkomputeran awan; b) penyimpanan atau pemprosesan maklumat mengikut pemetaan geografi yang baharu mengikut undang- undang; dan c) penyedia melantik syarikat lain sebagai pengendali perkhidmatan pengkomputeran awan. ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Pusat Data 1.24 Perancangan dan Penyediaan Pengurusan Insiden Keselamatan Maklumat Objektif Memastikan perancangan pengurusan insiden keselamatan maklumat yang dilaksanakan adalah konsisten dan teratur. 1.24.1 Tugas dan Tanggungjawab Tanggungjawab Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti yang berikut: a) mewujudkan prosedur bagi mengendalikan pengurusan insiden keselamatan maklumat; ICTSO Pengurus ICT CSIRT JPA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy