45 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 g) memantau pematuhan dan keperluan keselamatan maklumat yang ditetapkan kepada semua Pihak Luaran; h) mencegah ketidakpatuhan Pihak Luaran, sama ada dikesan melalui pemantauan atau sumber lain; i) pengurusan insiden berkaitan produk atau perkhidmatan di bawah tanggungjawab JPA dan Pihak Luaran; j) keupayaan tindakan pemulihan dan pelan kontingensi (contingency plan) untuk memastikan ketersediaan maklumat; k) program kesedaran dan latihan kepada kakitangan JPA yang melibatkan dengan Pihak Luaran termasuk mempunyai akses kepada maklumat; l) memastikan keselamatan maklumat sentiasa terjaga sepanjang tempoh pemindahan maklumat atau aset lain yang berkaitan; m) memastikan keselamatan maklumat semasa penamatan perkhidmatan Pihak Luaran merangkumi perkara berikut: i. pembatalan hak akses; ii. pengendalian maklumat; iii. menentukan pemilikan harta intelek; iv. pemindahan maklumat sekiranya berlaku pertukaran Pihak Luaran; v. pengurusan rekod; vi. pemulangan aset; vii. pelupusan maklumat dan aset lain berkaitan secara selamat; dan viii. keperluan kerahsiaan yang berterusan. n) tahap keselamatan kakitangan dan keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi Pihak Luaran dengan mematuhi keperluan berikut: i. Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA; ii. Akta Rahsia Rasmi 1972; dan o) tapisan keselamatan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy