9 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 SKOP Sistem ICT JPA terdiri daripada organisasi, manusia, perisian, peralatan, telekomunikasi, kemudahan ICT, data dan maklumat. JPA telah menetapkan keperluan-keperluan asas keselamatan seperti yang berikut: 1. Data dan maklumat termasuk hardcopy dan softcopy hendaklah boleh diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan dengan cara yang boleh dipercayai. Ini adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan dan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan dan berkualiti. 2. Semua data dan maklumat hendaklah dijaga kerahsiaannya dan dikendalikan sebaik mungkin pada setiap masa bagi memastikan kesempurnaan dan melindungi kepentingan JPA. PKS JPA merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat ICT kerajaan yang dimasukkan, diwujud, dimusnah, disimpan, dijana, dicetak, diakses, diedar dan yang dibuat salinan. Ini akan dilakukan melalui penubuhan dan penguatkuasaan sistem kawalan dan prosedur dalam pengendalian semua perkara-perkara berikut: 1. Data dan Maklumat Semua data dan maklumat elektronik dan bercetak yang disimpan atau digunakan di pelbagai media termasuk prosedur, manual pengguna, sistem dokumentasi, rekod, pangkalan data dan lain-lain; 2. Peralatan ICT Semua peralatan komputer seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, media storan, server, firewall, peralatan multimedia & komunikasi dan alat sokongan yang lain; 3. Perisian Semua jenis perisian yang digunakan untuk mengendali, memproses, menyimpan dan menghantar data atau maklumat. Ini termasuklah sistem aplikasi seperti HRMIS, eSILA, EPSA dan perisian sistem seperti Windows, LINUX dan perisian utiliti, perisian komunikasi, sistem pengurusan pangkalan data, kod sumber dan lain-lain;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy