Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

89 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 4.6 Pengurusan Kapasiti Objektif Memastikan penggunaan sumber, seperti tenaga, ruang penyimpanan, atau sumber manusia, akan dipantau dan diubah suai agar sesuai dengan keperluan kapasiti semasa dan keperluan pada masa hadapan. 4.6.1 Pengurusan Kapasiti Tanggungjawab Perkara seperti berikut perlu diambil kira: a) kapasiti sistem ICT hendaklah dirancang, diurus dan dikawal dengan terperinci bagi memastikan keperluannya adalah mencukupi serta bersesuaian untuk pembangunan dan operasi sistem ICT semasa atau pada masa akan datang; b) keperluan kapasiti perlu mengambil kira ciri-ciri keselamatan bagi meminimumkan risiko gangguan kepada perkhidmatan dan kerugian akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang; c) pemantauan kapasiti sistem ICT perlu dilaksanakan untuk memastikan ketersediaan dan kecekapan sistem; d) pengujian tekanan (stress test) ke atas sistem dan perkhidmatan hendaklah dilaksanakan untuk memastikan kapasiti mencukupi terutamanya semasa waktu puncak; dan e) dokumen pengurusan kapasiti sumber perlu disediakan terutamanya untuk sistem kritikal. ICTSO Pentadbir ICT JPA 4.6.2 Peningkatan Kapasiti Tanggungjawab Perkara berikut perlu dipatuhi untuk meningkatkan kapasiti sumber: a) memastikan sumber manusia mencukupi; b) menyediakan kemudahan dan ruang kerja yang kondusif; c) melaksanakan perolehan bagi kapasiti yang tidak mencukupi agar sesuai dengan keperluan semasa dan masa hadapan; dan d) menggunakan pengkomputeran awan (cloud computing) sekiranya perlu. i. ICTSO ii. Pentadbir ICT JPA 4.6.3 Pengurangan Kapasiti Tanggungjawab Perkara berikut perlu dipatuhi untuk mengurangkan kapasiti sumber: a) menghapuskan data lama (disk space) yang tidak digunakan lagi; b) melupuskan rekod fizikal mengikut jadual pelupusan rekod jabatan yang telah diluluskan; c) melupuskan sistem aplikasi, pangkalan data atau perkhidmatan ICT yang tidak digunakan lagi; ICTSO i. Pentadbir ICT JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy