84 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 4.1.2 Tanggungjawab Pengguna Tanggungjawab Pengguna aset ICT JPA hendaklah mengambil kira perkara seperti yang berikut: a) log out perisian aplikasi apabila selesai tugas; b) mengaktifkan mekanisme pengunci atau kawalan yang bersesuaian seperti password protected screen saver; c) log out kerangka utama, server dan komputer pejabat apabila sesi bertugas selesai; dan d) melindungi aset ICT daripada kecurian atau kecuaian. Pengguna 4.1.3 Penggunaan aset ICT Persendirian atau Bring Your Own Device (BYOD) Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mengasingkan penggunaan bagi tujuan peribadi dan tugasan rasmi. Instalasi perisian yang dibekalkan oleh JPA pada aset ICT persendirian hendaklah mendapatkan kelulusan Pengurus ICT; b) membenarkan akses kepada maklumat yang berkaitan dengan tugasan rasmi dan menghapuskan data rahsia rasmi pada aset ICT persendirian apabila tidak digunakan lagi; c) memastikan hak harta intelek adalah di bawah tanggungjawab pengguna aset ICT persendirian; d) penyalahgunaan aset ICT persendirian adalah di bawah tanggungjawab pengguna sendiri; e) JPA tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan sistem operasi atau perkakasan aset ICT persendirian; dan f) JPA menghormati privasi aset ICT persendirian dengan mengambil langkah pencegahan yang terbaik untuk memastikan keselamatan maklumat. JPA mempunyai hak untuk menjejaki dan meminta akses kepada aset ICT persendirian sekiranya terdapat pelanggaran keselamatan maklumat yang dikenal pasti. Pengurus ICT Warga JPA 4.1.4 Sambungan Rangkaian Tanpa Wayar untuk aset ICT Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mengkonfigurasi rangkaian tanpa wayar aset ICT untuk melindungi daripada protokol yang mempunyai kelemahan; b) menetapkan bandwidth rangkaian yang bersesuaian bergantung kepada jenis akses; dan c) tidak mendedahkan identiti dan kata laluan sambungan rangkaian tanpa wayar. i. Pentadbir ICT JPA ii. Pengguna
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy