Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

83 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 4.1 Aset ICT Pengguna Objektif Melindungi maklumat yang terdapat dalam aset ICT pengguna. 4.1.1 Pengurusan Aset ICT Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) memastikan jenis dan klasifikasi maklumat yang boleh diakses, diproses atau disimpan dalam aset ICT pengguna; b) memastikan semua aset ICT pengguna didaftarkan; c) memastikan pengguna bertanggungjawab ke atas aset ICT; d) memastikan perisian yang boleh dipasang pada aset ICT pengguna telah mendapat kebenaran; e) memastikan aset ICT pengguna dikonfigurasi dengan versi perisian atau patches terkini; f) menetapkan peraturan bagi sambungan ke rangkaian awam, atau rangkaian lain di luar premis menggunakan aset ICT pengguna; g) memastikan pengguna mematuhi kawalan capaian penggunaan aset ICT pengguna; h) memastikan pengguna menggunakan kata laluan bagi penyimpanan maklumat terperingkat JPA; i) memastikan aset ICT pengguna mempunyai perisian antivirus; j) memastikan peraturan berkaitan remote disabling, deletion atau lockout dipatuhi; k) memastikan pengguna melaksanakan sandaran bagi maklumat yang disimpan di dalam aset ICT; l) menggunakan perkhidmatan web dan aplikasi yang dibenarkan sahaja; m) memastikan pengasingan (hard disk partition) data dan perisian pada aset ICT pengguna; dan n) JPA berhak untuk mengambil tindakan yang sesuai seperti penamatan akses sekiranya didapati tidak mematuhi peraturan dalam polisi ini. ICTSO Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy