Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

80 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 c) memastikan peralatan hanya boleh diselenggarakan oleh kakitangan atau pihak yang dibenarkan sahaja; d) menyimpan rekod penyelenggaraan pencegahan dan pemulihan; e) melaksanakan kawalan yang sesuai bagi tujuan penyelenggaraan pencegahan dan pemulihan sama ada di dalam atau luar premis JPA; f) menyelia kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh Pihak Luaran; g) mengawal akses bagi penyelenggaraan yang dilaksanakan secara jarak jauh (remote); h) melaksanakan kawalan keselamatan ke atas penyelenggaraan peralatan di luar premis JPA; i) menyemak dan menguji semua peralatan selepas proses penyelenggaraan bagi memastikan tiada pengubahsuaian yang tidak dibenarkan; dan j) melaksanakan kaedah yang bersesuaian untuk pelupusan atau penggunaan semua peralatan. 3.14 Pelupusan atau Penggunaan Semula Peralatan Objektif Memastikan kaedah pelupusan dan penggunaan semula peralatan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa. 3.14.1 Pelupusan Peralatan Tanggungjawab a) maklumat pelupusan hendaklah direkodkan, dikemas kini dan dilaporkan mengikut keperluan; b) warga JPA tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara seperti berikut: i. menyimpan mana-mana peralatan yang hendak dilupuskan untuk tujuan peribadi; ii. menanggalkan komponen peralatan seperti RAM, hard disk, motherboard dan sebagainya; iii. melupuskan sendiri tanpa kelulusan; dan iv. memindah keluar peralatan yang dilupuskan tanpa kelulusan. i. ICTSO Warga JPA Pentadbir ICT JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy