Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

79 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.12 Keselamatan Pengkabelan Objektif Memastikan kabel rangkaian dan kuasa elektrik dilindungi daripada gangguan dan pencerobohan. Keselamatan Kabel Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) kabel kuasa elektrik dan rangkaian yang disambungkan ke sistem maklumat diberi perlindungan yang bersesuaian untuk mengelakkan pemotongan kabel tanpa sengaja; b) mengasingkan kabel kuasa elektrik dan rangkaian untuk mencegah gangguan penghantaran data; Memastikan kabel bagi sistem kritikal mempunyai kawalan tambahan seperti yang berikut: i. pemasangan saluran pelindung berlapis (conduit) dan dalam bilik berkunci; ii. semakan dan pemeriksaan teknikal secara berkala untuk mengenal pasti sambungan kabel yang tidak dibenarkan terhadap peranti; iii. kawalan akses ke bilik telekomunikasi atau bilik kabel; iv. memastikan semua sambungan kabel dilabelkan bagi membolehkan pengenalan fizikal dan pemeriksaan kabel terlibat; dan v. mendapatkan nasihat pakar berkaitan kaedah pengurusan risiko yang timbul daripada insiden atau kerosakan kabel. ICTSO Pentadbir ICT JPA Pihak Luaran 3.13 Penyelenggaraan Peralatan Objektif Memastikan semua peralatan berkaitan perkhidmatan ICT diselenggarakan untuk mengelakkan gangguan operasi JPA. Penyelenggaraan Peralatan Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) peralatan yang diselenggarakan hendaklah mematuhi spesifikasi dan tempoh penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar; b) pemantauan pelaksanaan penyelenggaraan mengikut jadual yang ditetapkan atau atas keperluan; i. ICTSO ii. Pentadbir ICT JPA iii. Warga JPA iv. Pihak Luaran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy