Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

78 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 f) pelupusan media storan hendaklah direkodkan; g) semua media storan yang hendak dilupuskan mestilah dirujuk kepada Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat yang bertanggungjawab berkaitan ICT; dan h) pengguna hendaklah menghapuskan atau memindahkan semua maklumat rasmi/ terperingkat dari media storan sendiri apabila bersara/ bertukar jabatan/ ditamatkan perkhidmatan dan tamat/ ditamatkan kontrak. 3.11 Perkhidmatan Sokongan Objektif Memastikan kawalan ke atas perkhidmatan sokongan ICT dilindungi daripada kegagalan bekalan kuasa dan gangguan fasiliti. Perkhidmatan Sokongan ICT Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) memastikan peralatan di dalam fasiliti perkhidmatan sokongan beroperasi, dikonfigurasi dan diselenggarakan mengikut spesifikasi pengeluar yang berkaitan; b) memastikan fasiliti perkhidmatan sokongan dinilai semula keupayaannya secara berkala bagi memenuhi keperluan JPA; c) memastikan peralatan sokongan disemak dan diselenggarakan dari semasa ke semasa mengikut Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA); d) menyediakan fasiliti sokongan kedua; e) memastikan peralatan di dalam fasiliti perkhidmatan sokongan sentiasa disokong oleh Uninterruptible Power Supply (UPS); f) memastikan bekalan kuasa berterusan disalurkan kepada fasiliti sokongan seperti UPS dan penjana kuasa (generator) bagi membolehkan pusat data beroperasi dengan optimum supaya perkhidmatan fasiliti sokongan di pusat data mendapat bekalan kuasa berterusan; dan g) memastikan peralatan sokongan diperiksa dan diuji secara berkala oleh pihak berkaitan. i. ICTSO ii. Pentadbir ICT JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy