Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

77 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.10 Media Storan Objektif Memastikan media storan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan untuk digunakan. 3.10.1 Pengurusan Media Storan Mudah Alih (Removal Media) Tanggungjawab Media storan digunakan untuk menyimpan data dan maklumat seperti thumb drive, external drive dan media storan lain. Pengendalian media storan perlu mematuhi perkara seperti yang berikut: a) media storan mudah alih hendaklah disimpan di ruang penyimpanan yang baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bersesuaian dengan kandungan maklumat; b) memastikan media storan mudah alih boleh berfungsi sekiranya diperlukan; c) memastikan maklumat rahsia rasmi yang disimpan melebihi satu media storan mudah alih mengambil kira risiko kerosakan atau kehilangan maklumat; d) akses untuk memasuki kawasan penyimpanan media storan hendaklah terhad kepada Pengurus ICT dan pegawai yang dibenarkan sahaja; dan e) hanya maklumat rasmi dibenarkan untuk disimpan dalam media storan yang dibekalkan oleh JPA. ICTSO Pengurus ICT Pentadbir ICT JPA Warga JPA 3.10.2 Keselamatan Pelupusan dan Penggunaan Semula Media Tanggungjawab Prosedur pelupusan dan penggunaan semula media storan hendaklah diwujudkan bagi mengurangkan risiko kebocoran maklumat. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) media storan yang akan digunakan semula perlu disanitasi atau diformat terlebih dahulu; b) melupuskan media storan yang mengandungi maklumat rahsia rasmi menggunakan kaedah yang dibenarkan sekiranya tidak diperlukan lagi; c) pelupusan media storan oleh Pihak Luaran hendaklah mematuhi kawalan keselamatan dan dilaksanakan oleh pihak yang berpengalaman; d) pelupusan maklumat mengikut Tatacara Pelupusan Arkib Negara (Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]); e) penghapusan maklumat atau kandungan media mestilah mendapat kelulusan; ICTSO Pengurus ICT Pentadbir ICT JPA Warga JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy