Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

76 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 c) mengadaptasi kawalan untuk mengurangkan risiko potensi ancaman fizikal dan bencana alam seperti kecurian, kebakaran, gangguan bekalan elektrik; dan lain-lain; d) menetapkan larangan makan, minum dan merokok di kedudukan berhampiran dengan kemudahan pemprosesan maklumat; e) pemantauan terhadap keadaan persekitaran seperti suhu dan kelembapan serta keadaan yang boleh menjejaskan operasi kemudahan pemprosesan maklumat; f) pemasangan alat perlindungan kilat; g) peralatan yang memerlukan perlindungan khas perlu dilindungi daripada bahaya atau kerosakan dengan langkah yang sesuai; h) sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak dibenarkan. Ini bagi menjamin peralatan tersebut sentiasa berkeadaan baik; dan i) sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada Pengurus ICT. 3.9 Keselamatan Aset di Luar Pejabat Objektif Memastikan keselamatan aset ICT yang dibawa keluar dari premis dilindungi. Peralatan ICT di Luar Premis Tanggungjawab Semua peralatan aset ICT JPA yang digunakan di luar pejabat perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) tidak meninggalkan peralatan atau media yang menyimpan maklumat rahsia rasmi di tempat awam tanpa pengawasan; b) mematuhi panduan untuk melindungi aset ICT pada setiap masa seperti terdedah kepada haba atau suhu yang tinggi; c) memastikan maklumat peminjaman atau penggunaan aset ICT/ media storan di luar pejabat direkodkan dan data rahsia rasmi dihapuskan sebelum pemulangan; d) memastikan kawalan keselamatan diambil kira semasa penggunaan aset ICT di tempat awam; e) Aset ICT yang hendak dibawa keluar dari Pejabat JPA perlu mengisi Borang Kebenaran Membawa Keluar Aset, KEW.PA-9 dan mendapatkan kelulusan daripada Pengurus ICT; dan f) mematuhi semua perkara yang dinyatakan di para 3.7. Pengurus ICT Warga JPA Pentadbir ICT JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy