Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

75 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.7 Clear Desk and Clear Screen Objektif Memastikan kawalan capaian maklumat yang tidak dibenarkan di atas meja atau di paparan skrin atau di mana-mana lokasi yang boleh diakses semasa dan di luar waktu pejabat. Clear Desk and Clear Screen Tanggungjawab Clear Desk and Clear Screen bermaksud tidak meninggalkan maklumat sensitif terdedah sama ada atas meja pengguna atau di paparan skrin apabila pengguna tidak berada di tempatnya. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) menggunakan kemudahan password screen saver atau log keluar apabila meninggalkan komputer; b) menetapkan paparan skrin akan tertutup selepas 10 minit tidak digunakan oleh pengguna; c) dokumen terperingkat hendaklah disimpan dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; d) membersihkan maklumat sensitif atau kritikal pada papan putih dan jenis paparan lain apabila tidak diperlukan lagi; e) memastikan semua dokumen diambil segera dari pencetak, pengimbas dan mesin fotostat; dan f) menghalang penggunaan tanpa kebenaran mesin fotostat dan teknologi penghasilan semula seperti mesin pengimbas atau kamera digital. Warga JPA 3.8 Penempatan dan Perlindungan aset ICT Objektif Memastikan aset ICT ditempatkan di kawasan yang selamat dan dilindungi daripada sebarang bentuk pencerobohan dan ancaman. Penempatan dan Perlindungan aset ICT Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) kemudahan penyimpanan perlu dilindungi untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan; b) kemudahan pemprosesan maklumat yang melaksanakan pengendalian maklumat rahsia rasmi harus ditempatkan dengan teliti untuk mengurangkan risiko maklumat tersebut dapat dilihat oleh pihak yang tidak berkaitan; ICTSO Pengurus ICT Warga JPA Pihak Luaran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy