74 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.5 Perlindungan Terhadap Ancaman Fizikal dan Bencana Alam Objektif Memastikan infrastruktur yang direka bentuk dilindungi daripada ancaman fizikal dan bencana alam. Perlindungan Terhadap Ancaman Fizikal dan Bencana Alam Tanggungjawab Penilaian risiko ke atas ancaman fizikal dan bencana alam perlu dijalankan secara berkala. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mereka bentuk dan melaksanakan pelan perlindungan fizikal daripada kebakaran dan bencana alam; b) memastikan pelan tindakan perlindungan bagi ancaman berbahaya seperti letupan, kacau-bilau, rusuhan dan sebagainya; dan c) pelan tindakan perlindungan perlu merangkumi kawalan seperti bencana alam, kebakaran, gangguan bekalan elektrik dan letupan. Pengurus ICT 3.6 Bekerja di Kawasan Larangan Objektif Memastikan maklumat dan aset ICT berada di kawasan yang selamat daripada gangguan atau kerosakan daripada pekerja sekitarnya. Kawasan Larangan Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) memastikan individu yang bekerja di kawasan tersebut memahami tanggungjawab mereka; b) memantau dan mengawasi setiap kerja yang dijalankan di kawasan larangan; c) kawasan larangan perlu sentiasa berkunci dan memeriksa ruangan kosong yang ada; d) fotografi, video, audio dan peralatan rakaman lain tidak dibenarkan dibawa masuk melainkan dengan kebenaran; e) mengawal peranti yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan larangan; dan f) memaparkan prosedur kecemasan yang mudah dilihat atau diakses. i. Pengurus ICT ii. Warga JPA Pihak Luaran
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy