Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

73 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.3 Keselamatan Pejabat, Bilik dan Kemudahan ICT Objektif Memastikan keselamatan dan perlindungan daripada sebarang bentuk pencerobohan, ancaman, kerosakan, kecuaian serta akses yang tidak dibenarkan. Kawalan Pejabat, Bilik dan Kemudahan ICT Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) memastikan kawasan larangan dihadkan daripada akses tanpa kebenaran; b) memastikan penunjuk ke lokasi bilik operasi atau kawasan larangan tidak didedahkan atau hanya memberi petunjuk yang minimum; c) memastikan maklumat kawasan larangan tidak dapat dilihat oleh Pihak Luaran; dan d) memastikan maklumat perhubungan atau lokasi kawasan larangan tidak didedahkan tanpa kebenaran. ICTSO Pengurus ICT Warga JPA 3.4 Pemantauan Keselamatan Fizikal Objektif Memantau dan memastikan keselamatan fizikal dikawal. Pemantauan Terhadap Premis Fizikal Tanggungjawab Pemantauan kepada bangunan yang menempatkan sistem kritikal perlu dipantau dengan cara berikut: a) memasang dan memantau sistem kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bangunan JPA; b) mengehadkan akses berdasarkan peranan dan tanggungjawab individu melalui Sistem Pengurusan Kad Akses dan/atau Biometrik; c) memastikan pemasangan penggera yang merangkumi semua pintu yang boleh akses masuk ke kawasan larangan; dan d) reka bentuk sistem pemantauan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran untuk mengelakkan kebocoran maklumat dan di pecah masuk. Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy