Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

72 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.2.2 Kawalan Keselamatan Pelawat Tanggungjawab Perkara berikut perlu dipatuhi: a) setiap pelawat mestilah mendaftar dan mendapatkan pas pelawat di pintu masuk utama; b) mengesahkan identiti pelawat, memaparkan pas pelawat sepanjang di premis dan mengembalikan pas pelawat selepas selesai urusan; c) merekodkan maklumat keluar dan masuk pelawat; d) hanya memberikan kebenaran akses kepada kawasan yang diperlukan sahaja; e) pelawat perlu diiringi oleh warga JPA di kawasan yang berkaitan; dan f) kehilangan pas keselamatan mestilah dilaporkan dengan segera kepada pegawai keselamatan JPA. ICTSO Pengurus ICT 3.2.3 Kawasan Penghantaran dan Pemunggahan i.Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mempunyai akses terhad kepada kawasan penghantaran dan pemunggahan oleh Pihak Luaran; b) memastikan Pihak Luaran tidak dibenarkan masuk ke lokasi lain tanpa kebenaran; c) memastikan kawasan penghantaran dan pemunggahan atau tempat lain dikawal semasa proses penghantaran dan pemunggahan; d) memeriksa dan memastikan barang yang dihantar tidak mengandungi bahan letupan atau bahan berbahaya yang lain; e) semua penghantaran barang perlu didaftar mengikut prosedur pengurusan aset; dan f) memastikan barang yang diterima tidak diubah suai tanpa kebenaran. ICTSO i. Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy