71 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.2 Kawalan Kemasukan Fizikal Objektif Melaksanakan kawalan akses masuk kepada maklumat, premis dan kemudahan ICT. 3.2.1 Kawalan Akses Masuk Fizikal Tanggungjawab Kawalan keluar masuk ke premis JPA seperti kawasan penghantaran, pemunggahan dan kawasan larangan perlu mematuhi perkara seperti yang berikut: a) mengehadkan akses masuk ke kawasan yang berkaitan kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja berdasarkan kelulusan; b) menyediakan dan menyemak buku log audit trail akses ke pusat data secara berkala; c) menggunakan kad akses untuk kemasukan fizikal ke kawasan penyimpanan maklumat atau kawasan larangan; d) menyediakan kawasan menunggu atau penerimaan yang boleh dipantau oleh pegawai bertanggungjawab JPA; e) melaksanakan pemeriksaan fizikal kepada pengguna dan barangan kepunyaan peribadi; f) memastikan pemakaian pas keselamatan sepanjang berada di premis JPA; g) memberikan akses yang terhad dan pemantauan kepada kakitangan Pihak Luaran ke kawasan pemprosesan maklumat atau kawasan larangan apabila diperlukan sahaja; h) memastikan keselamatan akses ke atas peralatan JPA yang ditempatkan di lokasi berkongsi dengan agensi lain; i) mengemas kini kawalan keselamatan fizikal dengan lebih kukuh bagi insiden yang kerap berlaku atau meningkat; j) memastikan pintu masuk lain seperti pintu kecemasan dikawal daripada akses tanpa kebenaran; dan k) menetapkan proses pengurusan kunci bagi memastikan kunci fizikal atau kod berkunci ke kawasan pemprosesan maklumat atau kawasan larangan dipantau dan direkodkan. ICTSO Pengurus ICT Warga JPA Pihak Luaran
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy