Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

70 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 3.1 Perimeter Keselamatan Fizikal Objektif Memastikan kawalan keselamatan fizikal berkaitan maklumat, premis dan kemudahan ICT. Keselamatan Fizikal Tanggungjawab Keselamatan fizikal adalah bertujuan untuk menghalang, mengesan dan mencegah cubaan untuk menceroboh premis. Langkah-langkah keselamatan fizikal adalah seperti yang berikut: a) menetapkan perimeter kawasan keselamatan fizikal dan keperluan keselamatan bagi melindungi aset yang berkaitan; b) memastikan perimeter kawasan yang dilindungi atau mempunyai kemudahan pemprosesan maklumat dikawal menggunakan pagar kawalan, pengawal keselamatan, sistem kad akses, dinding konkrit dan kawalan yang bersesuaian; c) memperkukuhkan tingkap dan pintu serta dikunci untuk mengawal kemasukan; d) memastikan kawalan kunci dengan menetapkan pegawai yang bertanggungjawab untuk menyimpan kunci dengan baik dan mempunyai rekod; e) memasang dan menguji alat penggera kebakaran; f) memasang dan memantau sistem CCTV; g) mengadakan kaunter kawalan; h) menyediakan tempat atau bilik khas untuk Pihak Luaran; i) mereka bentuk dan melaksanakan perlindungan fizikal daripada bencana; j) menyediakan garis panduan keselamatan untuk warga JPA yang bekerja di dalam kawasan terhad; dan k) mewujudkan kawalan di kawasan penghantaran, pemunggahan dan kawasan larangan. Pengurus ICT Warga JPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy