67 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 pencetakan dan pelupusan maklumat atau aset lain yang berkaitan dan insiden keselamatan; c) mengenal pasti lokasi persekitaran fizikal untuk bekerja jarak jauh; d) menggunakan kawalan komunikasi yang selamat untuk akses ke atas maklumat rahsia rasmi, sistem dan aplikasi kritikal; e) membenarkan peralatan milik persendirian digunakan untuk remote access seperti perisian Remote Desktop; f) mengehadkan konfigurasi rangkaian tanpa wayar (Wi-Fi) dengan membuat pemilihan kategori rangkaian yang selamat; g) penggunaan kawalan peralatan atau perisian keselamatan; dan h) pengesahan dan pengaktifan hak akses jarak jauh yang selamat semasa menggunakan rangkaian luar JPA. 2.7.2 Garis Panduan Kerja Jarak Jauh Tanggungjawab Garis panduan kerja jarak jauh hendaklah mematuhi perkara berikut: a) menetapkan klasifikasi maklumat dan perkhidmatan sistem yang boleh diakses oleh individu bekerja jarak jauh; b) memastikan keselamatan fizikal; c) menyediakan peraturan serta panduan akses peralatan dan maklumat oleh pihak lain; d) melaksanakan prosedur sandaran dan kesinambungan perkhidmatan; dan e) membatalkan hak akses dan pemulangan peralatan apabila aktiviti kerja jarak jauh selesai. Pentadbir Rangkaian dan Keselamtaan Warga JPA Pihak Luaran
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy