Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

65 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 2.4 Tindakan Disiplin Objektif Memastikan kakitangan dan Pihak Luaran memahami kesan pelanggaran ke atas keselamatan maklumat mengikut undang-undang atau peraturan lain-lain yang sedang berkuat kuasa. Tindakan Pelanggaran Undang-undang dan Peraturan Tanggungjawab Tindakan boleh dikenakan ke atas kakitangan dan Pihak Luaran yang tidak mematuhi keselamatan maklumat. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: a) memastikan adanya proses tindakan perundangan ke atas Pihak Luaran sekiranya berlaku pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88); dan b) memastikan adanya proses tindakan tatatertib ke atas warga JPA sekiranya berlaku pelanggaran terhadap PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993], dasar-dasar Kerajaan, undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa. Pengurus ICT Penasihat UndangUndang Ketua Unit Integriti Warga JPA Pihak Luaran 2.5 Tanggungjawab Selepas Pertukaran atau Penamatan Kerja Objektif Melindungi kepentingan jabatan semasa proses pertukaran atau penamatan warga JPA. Penamatan atau Pertukaran Tanggungjawab Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) memastikan semua aset ICT dikembalikan kepada JPA mengikut peraturan dan terma perkhidmatan yang ditetapkan; b) melaksanakan pertukaran atau penamatan hendaklah ditakrifkan dengan jelas termasuk: i. perubahan dalam terma dan syarat pertukaran atau penamatan tanggungjawab; ii. tempoh akhir pekerjaan; dan iii. tanggungjawab masih sah selepas penamatan. c) menjaga kerahsiaan keselamatan maklumat walaupun selepas penamatan atau pertukaran; dan d) membatalkan atau menarik balik semua kebenaran hak akses ke atas sistem maklumat mengikut peraturan yang ditetapkan. i.ICTSO Pengurus ICT Warga JPA ii.Pihak Luaran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy