64 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 2.3 Program Kesedaran, Pendidikan dan Latihan Berkaitan Keselamatan Maklumat Objektif Memastikan Warga JPA dan Pihak Luaran mengambil maklum dan jelas berkaitan tanggungjawab ke atas keselamatan maklumat. 2.3.1 Program Kesedaran Keselamatan Maklumat Tanggungjawab Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan adalah seperti yang berikut: a) mendapatkan sokongan pengurusan atasan berkaitan keselamatan maklumat; b) memberikan kesedaran berkaitan undang-undang, peraturan dan perjanjian; c) melaksanakan program kesedaran berkaitan dengan keselamatan maklumat kepada warga JPA dan Pihak Luaran secara berterusan semasa melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka; dan d) memaklumkan senarai perhubungan sekiranya pelanggaran maklumat dikesan oleh warga JPA atau Pihak Luaran. ICTSO Pengurus ICT 2.3.2 Program Latihan dan Pendidikan berkaitan Keselamatan Maklumat Tanggungjawab Perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian: a) mengenal pasti, menyediakan dan menjalankan latihan berkaitan keselamatan maklumat yang bersesuaian dan terkini untuk meningkatkan kemahiran bagi memastikan keselamatan maklumat di tahap yang optimum; b) memastikan latihan dan program kesedaran yang diberikan kepada pengguna dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kompetensi pengguna berkaitan keselamatan maklumat; dan c) memastikan prosedur latihan jabatan sentiasa dikemas kini bersesuaian dengan fungsi tugas semasa setiap pengguna. Pengurus ICT
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy