63 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 2.2 Terma dan Syarat Pelantikan Objektif Memastikan kakitangan dan Pihak Luaran memahami tanggungjawab serta peranan dalam keselamatan ICT. Terma dan Syarat Pelantikan Tanggungjawab Terma dan Syarat Pelantikan yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mengisi dan memperakui pematuhan perjanjian melalui Surat Akuan Pematuhan Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA atau Perakuan Untuk Ditandatangani oleh Komuniti Keselamatan Atau Mana-mana Pihak Lain Yang Berurusan Dengan Perkhidmatan Awam atau Yang Berkhidmat di Kediaman Rasmi Kerajaan Berkaitan Dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bagi tujuan menjaga kerahsiaan maklumat dan aset ICT yang berkaitan; b) memahami dan bersetuju ke atas tanggungjawab serta hak berkaitan perlindungan keselamatan maklumat; c) memahami peranan dan tanggungjawab dalam keselamatan penyampaian maklumat bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan aset ICT; d) mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuat kuasa berdasarkan perjanjian yang telah ditetapkan dan ditandatangani; e) bertanggungjawab untuk mengklasifikasikan maklumat dan aset lain yang berkaitan; f) bertanggungjawab untuk mengendali maklumat daripada pihak berkepentingan; dan g) bertanggungjawab untuk mengambil tindakan jika keselamatan maklumat tidak dipatuhi. i. ICTSO ii. Pengurus ICT iii. Warga JPA iv. Pihak Luaran
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy