62 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 2.1 Tapisan Keselamatan Individu Objektif Memastikan kakitangan dan orang awam memahami tanggungjawab serta peranan dalam aspek keselamatan ICT sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. 2.1.1 Tapisan ke atas Kakitangan Awam (Tapisan Sebelum Pengesahan Pelantikan) Tanggungjawab Pengesahan pelantikan perlu mengambil kira perkara seperti yang berikut: a) memeriksa kesahihan maklumat yang merangkumi identiti pengenalan diri, rujukan individu, resume, kelayakan akademik, sijil profesional dan rekod jenayah; b) menjalankan tapisan keselamatan untuk pegawai dan kakitangan yang terlibat. Ia berasaskan keperluan perundangan, peraturan dan etika terpakai yang selaras dengan keperluan perkhidmatan, peringkat maklumat yang akan dicapai serta risiko yang dijangkakan; c) mengehadkan capaian dan penggunaan aset kerajaan; dan d) mengambil tindakan seperti menangguhkan pelantikan atau membatalkan pelantikan sekiranya kakitangan tidak melepasi tapisan dalam tempoh yang ditetapkan. ICTSO Pengurus ICT 2.1.2 Tapisan ke atas Pihak Luaran Tanggungjawab Tapisan ke atas perkara-perkara berikut: a) memeriksa kesahihan maklumat yang merangkumi identiti pengenalan diri, surat tawaran kerja serta perkara lain yang berkaitan serta bersesuaian dengan tawaran kerja yang diberikan; b) memastikan semua pekerja menjalani tapisan keselamatan berasaskan keperluan perundangan, peraturan dan etika terpakai yang selaras dengan keperluan perkhidmatan, peringkat maklumat yang akan dicapai serta risiko yang dijangkakan; c) mengehadkan capaian dan penggunaan aset kerajaan; dan d) mengambil tindakan seperti menangguhkan pelantikan atau membatalkan pelantikan individu yang tidak melepasi tapisan dalam tempoh yang ditetapkan. i. ICTSO ii. Pengurus ICT Pihak Luaran
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy