Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

60 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.37 Prosedur Operasi yang Perlu Didokumenkan Objektif Prosedur operasi bagi kemudahan pemprosesan maklumat perlu disediakan dan dapat diakses dengan selamat. 1.37.1 Penyediaan Prosedur Operasi Tanggungjawab Menyediakan dokumen operasi standard untuk perkara berikut: a) aktiviti yang sentiasa dilaksanakan oleh Warga JPA; b) aktiviti yang jarang dilaksanakan; c) aktiviti yang baharu dan penilaian risiko tidak dapatkan dijalankan dengan betul; dan d) serahan tugas kepada kakitangan baharu. ICTSO Pentadbir Sistem Aplikasi 1.37.2 Kandungan Dokumen Prosedur Operasi Tanggungjawab Dokumen Prosedur Operasi hendaklah diwujudkan, disemak dan dikemas kini mengikut keperluan. Kandungan dokumen yang perlu disediakan adalah seperti yang berikut: a) pegawai bertanggungjawab; b) instalasi dan konfigurasi sistem; c) pemprosesan maklumat secara manual dan automatik; d) sandaran (backup); e) jadual keperluan termasuk kebergantungan dengan sistem lain; f) pengendalian ralat; g) khidmat sokongan sekiranya berlaku masalah operasi dan teknikal; h) arahan pengendalian media storan; i) prosedur pemulihan sekiranya berlaku kegagalan sistem; j) pengurusan jejak audit sistem; k) pemantauan ke atas kapasiti prestasi dan keselamatan sistem; dan l) manual penyelenggaraan. ICTSO Pentadbir Sistem Aplikasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy