49 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 f) Pihak Luaran yang didapati tidak memenuhi keperluan kontrak perjanjian boleh dikenakan tindakan bersesuaian seperti penalti. 1.22.2 Pengurusan Perubahan Perkhidmatan Pihak Luaran Tanggungjawab Setiap perubahan perkhidmatan Pihak Luaran hendaklah dilaksanakan secara teratur dan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperti yang berikut: a) memastikan perubahan dalam perkhidmatan Pihak Luaran dipersetujui bersama dan menguntungkan pihak kerajaan; b) memastikan perubahan dalam perjanjian dengan Pihak Luaran mengambil kira maklumat kritikal JPA, sistem serta proses yang terlibat dan kajian risiko; c) pemantauan dan persetujuan ke atas perubahan perkhidmatan Pihak Luaran yang merangkumi perkara berikut: i. peningkatan kepada perkhidmatan/ produk sedia ada termasuk rangkaian, perisian, versi dan alatan pembangunan; ii. pembangunan sebarang aplikasi dan sistem baharu; iii. pengubahsuaian atau kemas kini polisi dan prosedur Pihak Luaran; iv. kaedah kawalan baharu atau yang dikemas kini bagi menyelesaikan insiden keselamatan maklumat dan meningkatkan keselamatan maklumat; dan v. perubahan lokasi perkakasan dan/ atau perkhidmatan. Pengurus ICT Pentadbir Sistem Aplikasi 1.23 Keselamatan Maklumat Bagi Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Objektif Memastikan pengurusan keselamatan maklumat bagi pengkomputeran awan. 1.23.1 Keselamatan Maklumat untuk Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) mengenal pasti klasifikasi maklumat atau data dalam penggunaan perkhidmatan pengkomputeran awan; b) mengenal pasti ciri-ciri asas dan model perkhidmatan pengkomputeran awan yang hendak digunakan; ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Pusat Data
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy