40 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 f) membatalkan, menamatkan dan menukar peranan akaun pengguna berdasarkan pemakluman oleh Ketua Bahagian/ Cawangan /Unit/ PTB atas sebab berikut: i. bertukar bidang tugas kerja; ii. bertukar ke agensi lain; iii. bersara; iv. ditamatkan perkhidmatan; dan v. pengguna bercuti panjang atau menghadiri kursus di luar pejabat dalam tempoh waktu melebihi tiga (3) bulan. g) proses semakan akses pengguna perlu dilaksanakan untuk mengkaji semula kebenaran dan pembatalan capaian pengguna ke atas semua aplikasi dan perkhidmatan; dan h) dilarang menggunakan nama atau menyamar sebagai individu lain dalam mana-mana perkhidmatan dalam talian. 1.16.2 Prosedur Penyediaan atau Pembatalan Akses Tanggungjawab Prosedur bagi penyediaan atau pembatalan akses perlu memastikan perkara berikut: a) memastikan identiti yang diwujudkan memenuhi keperluan tugasan berkaitan; b) mengesahkan identiti pengguna yang memohon sebelum pewujudan ID pengguna; c) mewujudkan ID pengguna; d) mengkonfigurasi dan mengaktifkan ID pengguna; dan e) menyediakan atau membatalkan hak akses berdasarkan kelulusan atau pemakluman. Pengurus ICT Pentadbir Sistem Aplikasi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy