39 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.15.8 Capaian Internet Tanggungjawab Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) penggunaan Internet di JPA hendaklah dipantau secara berterusan oleh Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan bagi memastikan penggunaannya untuk tujuan capaian yang dibenarkan sahaja. Kawalan ini akan dapat melindungi daripada sebarang bentuk ancaman ke atas rangkaian JPA; b) penggunaan Internet hanyalah untuk kegunaan rasmi sahaja. Pengurus ICT berhak menentukan pengguna yang dibenarkan menggunakan Internet atau sebaliknya; c) polisi Content Filtering mestilah digunakan dan dipantau bagi mengawal akses Internet. Pengguna boleh memohon pengecualian mengikut fungsi kerja untuk pertimbangan; dan d) penggunaan teknologi packet shaper adalah mengikut keperluan bagi menguruskan penggunaan bandwidth yang maksimum dan lebih berkesan. ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan 1.16 Pengurusan Identiti Objektif Memastikan ID pengguna adalah unik dan sesuai ke atas entiti untuk mengakses sistem dan aset JPA lain yang berkaitan. 1.16.1 Proses Pengurusan Identiti Tanggungjawab Proses pengurusan identiti perlu memastikan perkara berikut dipatuhi: a) memastikan ID pengguna hendaklah unik dan pengguna bertanggungjawab ke atas akaun tersebut selepas pengesahan penerimaan dibuat; b) memastikan identiti yang diberikan kepada lebih dari seorang individu (identiti bersama) hanya dibenarkan jika ada keperluan dan tertakluk kepada kelulusan serta direkodkan; c) memastikan perkakasan yang memerlukan ID pengguna hendaklah mendapatkan kelulusan serta pengawasan berterusan; d) merekodkan semua penggunaan dan pengurusan identiti pengguna; e) pewujudan ID pengguna hendaklah mendapat sokongan oleh Ketua Bahagian/ Cawangan/ Unit/ PTB. i. ICTSO ii. Pengurus ICT iii. Pentadbir Sistem Aplikasi Pihak Ketiga
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy