Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

36 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 f) penghantaran dokumen terperingkat mestilah menggunakan medium penghantaran rasmi jabatan. 1.15 Kawalan Capaian Objektif Memastikan akses bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan kepada maklumat dan lain-lain yang berkaitan aset. 1.15.1 Keperluan Kawalan Capaian Tanggungjawab Capaian kepada proses dan maklumat hendaklah dikawal mengikut keperluan keselamatan dan fungsi kerja pengguna yang berbeza. Ia perlu direkodkan, dikemas kini dan menyokong kawalan capaian pengguna sedia ada. i. ICTSO ii. Pengurus ICT iii. Pentadbir Sistem Aplikasi 1.15.2 Capaian Pengguna Tanggungjawab Pengguna adalah bertanggungjawab ke atas sistem ICT yang digunakan. Bagi mengenal pasti pengguna dan aktiviti yang dilakukan, Pentadbir Sistem perlu mengambil langkah-langkah berikut: a) akaun yang diperuntukkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan; b) akaun ID pengguna hendaklah mencerminkan identiti pengguna; c) pemilikan akaun pengguna bukanlah hak mutlak seseorang dan ia tertakluk kepada peraturan jabatan. Akaun boleh ditarik balik jika kaedah penggunaannya melanggar peraturan; d) penggunaan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama adalah dilarang; dan e) pemilik akaun dan capaian pengguna adalah tertakluk kepada peraturan jabatan dan tindakan pengemaskinian atau pembatalan hendaklah diambil atas sebab berikut: i. pengguna bercuti panjang atau menghadiri kursus di luar pejabat dalam tempoh waktu melebihi sebulan; ii. bertukar bidang tugas kerja; iii. bertukar ke agensi lain; iv. bersara; atau ditamatkan perkhidmatan. ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Sistem Aplikasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy