35 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.13 Pelabelan Maklumat Objektif Memastikan pelabelan maklumat dilaksanakan bagi memudahkan pengurusan penyimpanan maklumat. Pelabelan Maklumat Tanggungjawab Semua maklumat dilabelkan mengikut klasifikasi maklumat sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017). Pegawai Rekod Jabatan 1.14 Pemindahan Maklumat Objektif Memastikan keselamatan semasa pemindahan maklumat kepada pihak ketiga atau sebaliknya. Pemindahan maklumat secara dalaman atau luaran hendaklah mengikut syarat atau perjanjian yang ditetapkan. 1.14.1 Pemindahan Maklumat Tanggungjawab Penghantaran atau pemindahan maklumat yang mengandungi maklumat terperingkat boleh dilaksanakan melalui medium elektronik atau media storan fizikal. Penghantaran fail bersaiz besar boleh menggunakan kaedah muat turun fail dengan memaklumkan lokasi Universal Resource Locator (URL) atau kaedah pemampatan untuk mengurangkan saiz fail dengan memastikan ciri-ciri keselamatan dilaksanakan. a) kawalan ke atas pemindahan maklumat daripada dicerobohi, diubah, disalin, dimusnahkan dan sebagainya; b) pemindahan maklumat hendaklah direkodkan bagi kawalan pengesanan; c) menggunakan kaedah pengesahan yang selamat sekiranya pemindahan maklumat menggunakan rangkaian awam; d) memastikan maklumat elektronik yang hendak dipindahkan perlu dilindungi menggunakan enkripsi Secure Socket Layer (SSL) atau Application Programming Interface (API). e) pemindahan maklumat melalui media storan seperti cloud storage, hard disk, USB flash drive dan media storan lain perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan ketersediaan untuk digunakan; dan ICTSO Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan Pentadbir E-mel Warga JPA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy