Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

29 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.5 Hubungan dengan Pihak Berkuasa Objektif Menyediakan senarai perhubungan pihak berkuasa berkaitan sekiranya berlaku kejadian yang menjejaskan keselamatan maklumat dan perkhidmatan ICT. Tanggungjawab Pengurusan Tanggungjawab Perkara yang perlu diambil kira berkaitan hubungan dengan pihak berkuasa adalah tidak terhad seperti berikut: a) Malaysian Emergency Response System 999 (Polis, Bomba, Agensi Pertahanan Awam Malaysia); b) National Disaster Management Agency (NADMA); c) National Cyber Security Agency (NACSA); d) CyberSecurity Malaysia. ICTSO 1.6 Hubungan dengan Pihak Berkepentingan Objektif Memastikan maklumat yang diperlukan oleh pihak berkepentingan dengan JPA disediakan. Tanggungjawab Pihak Berkepentingan Tanggungjawab Pihak berkepentingan terdiri daripada pembekal, perunding, pemegang taruh, pelawat dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pengurusan, penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan. Perkara yang perlu dipatuhi: a) mengenal pasti risiko ke atas keselamatan maklumat dan memastikan pelaksanaan kawalan yang sesuai ke atas maklumat tersebut; b) memastikan semua syarat keselamatan dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian dengan pihak ketiga; c) akses kepada aset ICT JPA perlu berlandaskan perjanjian dan peraturan yang telah ditetapkan. Perjanjian yang dimeterai perlu mematuhi perkara-perkara berikut: i. Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854); ii. Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972; iii. Hak Harta Intelek; iv. Arahan Teknologi Maklumat 2007(IT Instructions); v. Tapisan Keselamatan; dan vi. PKS JPA. ICTSO Pengurus ICT Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy