26 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.4.1.2 Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT) JPA Tanggungjawab Keanggotaan JKICT adalah seperti yang berikut: Pengerusi: ICTSO Ahli: a) Ketua CSIRTJPA; b) Pentadbir Pusat Data BDTM dan INTAN; c) Pentadbir Sistem (System Administrator) BDTM dan INTAN; d) Pentadbir Sistem Aplikasi BDTM dan INTAN; e) Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan (Network and Security Administrator) BDTM dan INTAN; f) Pentadbir Portal (Webmaster) BDTM dan INTAN; g) Pentadbir Pangkalan Data (Database Administrator) BDTM dan INTAN; h) Penyelaras ICT Bahagian; i) Pegawai Meja Bantuan (Helpdesk Officer) BDTM dan INTAN; j) Perunding Latihan INTAN; k) Wakil Pegawai Keselamatan JPA dan INTAN; l) Wakil Pasukan Pelaksana ISMS BDTM; dan m) Wakil Pasukan Pelaksana ISMS INTAN. Urus setia: BDTM Bidang kuasa: a) menyelenggara dan memperakukan dokumen PKS JPA; b) memantau tahap pematuhan PKS JPA; c) menilai aspek teknikal keselamatan projek-projek ICT; d) membangunkan garis panduan, prosedur dan tatacara untuk aplikasi-aplikasi khusus dalam jabatan yang mematuhi keperluan PKS JPA; e) menyemak semula sistem ICT supaya sentiasa mematuhi keperluan keselamatan dari semasa ke semasa; f) menilai teknologi yang bersesuaian dan mencadangkan penyelesaian terhadap keperluan keselamatan ICT; g) memastikan PKS JPA selaras dengan dasar-dasar ICT kerajaan semasa; ICTSO
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy