Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

25 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 l) Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN; m) Ketua Unit Komunikasi Korporat; n) Penasihat Undang-undang (PUU); o) Ketua Unit Audit Dalam; dan p) Ketua Unit Integriti. Urus setia: BDTM Bidang kuasa: a) menetapkan arah tuju dan strategi ICT untuk pelaksanaan ICT JPA; b) merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program atau projek ICT JPA; c) menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan ICT agar selari dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA dan PSP Sektor Awam; d) meluluskan projek-projek ICT; e) mengikuti dan memantau perkembangan program ICT serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan ICT; f) merancang dan menentukan langkah-langkah keselamatan ICT; g) mengemukakan laporan kemajuan projek ICT yang diluluskan kepada JTICT/JPICT; h) menetapkan dasar dan prosedur pengurusan portal JPA; dan i) meluluskan dokumen PKS JPA.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy