22 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.3.1.6 Pentadbir E-mel Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir E-mel adalah seperti yang berikut: a) menentukan setiap akaun yang diwujudkan atau dibatalkan telah mendapat kelulusan. Pembatalan akaun (pengguna yang tamat perkhidmatan, bertukar dan melanggar dasar dan tatacara jabatan) perlulah dilakukan dengan segera atas tujuan keselamatan maklumat; b) pentadbir e-mel boleh membekukan akaun pengguna berdasarkan peraturan atau polisi semasa; c) memastikan pengguna e-mel JPA berkemahiran menggunakan e-mel melalui penyediaan dokumen tatacara penggunaan e-mel JPA dan Internet JPA serta pelaksanaan Kursus Pembudayaan ICT (Penggunaan E-mel dan Internet) secara berterusan; d) memastikan kemudahan mengakses capaian e-mel melalui pelbagai peralatan ICT dan alat komunikasi; e) melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem e-mel; dan f) memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir E-mel 1.3.1.7 Pentadbir Media Sosial JPA Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Media Sosial JPA adalah seperti yang berikut: a) mematuhi segala peraturan atau syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform media sosial; b) mentadbir dan menyemak ketepatan serta sensitiviti maklumat dalam pengurusan kandungan (video, audio, gambar dan dokumen) dan komen mengikut etika media sosial semasa; dan c) melaporkan sebarang pelanggaran polisi atau etika penggunaan media sosial yang sedang berkuat kuasa kepada Ketua Komunikasi Korporat, JPA. Pentadbir Media Sosial
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy