21 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 i) melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan portal kepada ICTSO. 1.3.1.4 Pentadbir Pusat Data Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Pusat Data adalah seperti yang berikut: a) memastikan persekitaran fizikal dan keselamatan pusat data berada dalam keadaan baik dan selamat; b) memastikan keselamatan data dan sistem aplikasi yang berada dalam pusat data; c) menjadualkan dan melaksanakan proses backup dan restoration ke atas pangkalan data dan sistem secara berkala; d) menyediakan perancangan Pelan Pemulihan Bencana (PPB); e) memastikan pusat data sentiasa beroperasi mengikut polisi yang telah ditetapkan; f) melaporkan sebarang pelanggaran keselamatan Pusat Data JPA kepada ICTSO; dan g) memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Pusat Data 1.3.1.5 Pentadbir Sistem Aplikasi Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Sistem Aplikasi adalah seperti yang berikut: a) mengkaji cadangan pembangunan, pembaikan, penyelarasan, penambahbaikan, pelaksanaan, pemantauan dan penyelenggaraan sistem di JPA; b) menyediakan dokumentasi sistem dan manual pengguna; c) memastikan virus pattern, hotfix dan patch yang berkaitan dengan sistem aplikasi dikemas kini supaya terhindar daripada ancaman virus dan penggodam; d) mengehadkan capaian ke atas dokumentasi sistem bagi mengelakkan dari penyalahgunaannya; e) memastikan kelancaran operasi sistem aplikasi supaya perkhidmatan yang disediakan tidak terjejas; f) memastikan kod-kod program sistem aplikasi adalah selamat daripada penggodam sebelum sistem tersebut diaktifkan penggunaannya; g) mematuhi dan melaksanakan prinsip-prinsip PKS dalam pewujudan akaun pengguna ke atas setiap sistem aplikasi; dan h) melaporkan kepada ICTSO jika berlakunya insiden keselamatan ke atas sistem aplikasi. Pentadbir Sistem Aplikasi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy