Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

20 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.3.1.2 Pentadbir Pangkalan Data Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Pangkalan Data adalah seperti yang berikut: a) melaksanakan instalasi dan penambahbaikan pangkalan data serta perisian lain yang berkaitan dengan pangkalan data; b) memastikan pangkalan data boleh digunakan pada setiap masa; c) melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan yang berterusan ke atas pangkalan data; d) melaksanakan data masking dalam menyediakan data latihan; e) memastikan aktiviti pentadbiran pangkalan data seperti prestasi capaian, penyelesaian masalah pangkalan data dan proses pengemaskinian data dilaksanakan dengan teratur; f) melaksanakan polisi pengguna pangkalan data berdasarkan kepada prinsip- prinsip PKS; g) melaksanakan proses perkemasan data (housekeeping) di dalam pangkalan data; h) memantau proses backup dan restoration ke atas pangkalan data; dan i) melaporkan sebarang insiden pelanggaran dasar keselamatan pangkalan data kepada ICTSO. Pentadbir Pangkalan Data 1.3.1.3 Pentadbir Portal Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Portal adalah seperti yang berikut: a) menerima kandungan portal yang telah disahkan kesahihan dan terkini daripada sumber yang sah; b) memantau prestasi capaian dan menjalankan penalaan prestasi untuk memastikan akses yang lancar; c) memantau dan menganalisis log untuk mengesan sebarang capaian yang tidak sah atau cubaan menggodam, menceroboh dan mengubah suai antara muka portal; d) mengasingkan kandungan dan aplikasi dalam talian untuk capaian secara Intranet dan Internet ke portal JPA; e) memastikan hanya maklumat yang bersifat terbuka dipaparkan di portal; f) memastikan reka bentuk portal dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan supaya tidak dicerobohi; g) melaksanakan pengukuhan keselamatan terhadap sistem pengoperasian dan perisian-perisian lain di web server; h) memantau proses backup dan restoration ke atas kandungan dan aplikasi portal; dan Pentadbir Portal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy