Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

19 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.3 Pengasingan Tugas Objektif Menerangkan perbezaan tugas setiap individu dengan lebih jelas dan teratur untuk mencegah daripada berlakunya kebocoran serta kesilapan. 1.3.1 Pentadbir ICT JPA Tanggungjawab Pentadbir ICT JPA terdiri daripada seperti yang berikut: a) Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan; b) Pentadbir Pangkalan Data; c) Pentadbir Portal; d) Pentadbir Pusat Data; e) Pentadbir Sistem Aplikasi; f) Pentadbir E-mel; g) Pentadbir Media Sosial JPA; dan h) Pegawai Aset ICT. Pentadbir ICT JPA 1.3.1.1 Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan adalah seperti yang berikut: a) memastikan rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian luas (WAN) di JPA beroperasi sepanjang masa; b) memastikan semua peralatan dan perisian rangkaian diselenggarakan dengan sempurna; c) merancang peningkatan infrastruktur, ciri-ciri keselamatan dan prestasi rangkaian sedia ada; d) mengesan dan mengambil tindakan pembaikan segera ke atas rangkaian yang tidak stabil; e) melaksanakan penilaian tahap keselamatan sistem rangkaian dan sistem ICT; f) memastikan laluan trafik keluar dan masuk diuruskan secara berpusat dan tidak membenarkan sambungan ke rangkaian JPA secara tidak sah; g) menyediakan zon khas rangkaian untuk tujuan pengujian peralatan dan perisian rangkaian; h) memantau penggunaan rangkaian dan melaporkan kepada ICTSO sekiranya berlaku penyalahgunaan sumber rangkaian; dan i) memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy