Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

18 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.2.4 Pengurus ICT Tanggungjawab Jawatan Pengurus ICT disandang oleh dua (2) orang pegawai iaitu Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat dan Ketua Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC), INTAN. Peranan dan tanggungjawab Pengurus ICT adalah seperti yang berikut: a) memastikan PKS JPA dilaksanakan dan dipatuhi di bahagian; b) memastikan semua pengguna di JPA mematuhi dasar, piawaian dan garis panduan keselamatan ICT, dan seterusnya melaporkan sebarang insiden berkaitan keselamatan ICT; c) mengkaji semula aspek-aspek keselamatan fizikal seperti kemudahan backup dan persekitaran pejabat yang perlu, dengan persetujuan ICTSO; d) melaksanakan keperluan PKS dalam operasi semasa seperti yang berikut: i. pelaksanaan sistem atau aplikasi baharu sama ada dibangunkan secara dalaman atau luaran yang melibatkan teknologi baharu; ii. pembelian atau peningkatan perisian dan sistem komputer; iii. perolehan teknologi dan perkhidmatan komunikasi baharu; iv. pelantikan pembekal, perunding atau rakan usaha sama; dan v. menentukan pembekal, perunding atau rakan usaha sama menjalani tapisan keselamatan selaras dengan keperluan tahap perkhidmatan. e) memastikan bentuk ancaman keselamatan terkini dikenal pasti dan penemuan ancaman dilaporkan kepada ICTSO; f) menyemak dan mengesahkan garis panduan, prosedur dan tatacara bagi semua aplikasi yang dibangunkan di bahagianbahagian agar mematuhi keperluan PKS JPA; g) membangun, mengkaji semula dan mengemas kini pelan kontingensi dengan mengaktifkan Disaster Recovery Plan (DRP); h) memastikan sistem kawalan capaian pengguna ke atas asetaset ICT JPA dilaksanakan; dan i) memastikan aspek keselamatan maklumat dilaksanakan dalam setiap pengurusan projek. Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy