17 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.2.3 Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) Tanggungjawab Jawatan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) adalah disandang oleh Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA. Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti yang berikut: a) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT); b) memastikan pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT berpandukan kepada peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa; c) memastikan langkah-langkah pengukuhan keselamatan dilaksanakan bagi meminimumkan ancaman keselamatan maklumat; d) melaporkan insiden keselamatan ICT kepada pihak National Cyber Security Agency (NACSA) dan seterusnya membantu dalam penyiasatan atau pemulihan; e) mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di JPA; f) menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancamanancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT JPA; g) memastikan pengurusan bencana dan pengendalian insiden dilaksanakan mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa; h) memastikan pematuhan PKS JPA oleh pihak berkepentingan yang mengurus, mengguna dan mencapai aset serta perkhidmatan ICT Jabatan; i) menyemak, mengkaji dan menyediakan laporan berkaitan dengan isu-isu keselamatan ICT; j) memastikan PKS JPA sentiasa relevan dengan arahan jabatan, peraturan semasa, perubahan teknologi, serta ancaman dalaman dan luaran; dan k) memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA mengandungi aspek keselamatan ICT. ICTSO
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy